Tuesday, July 14, 2009

Doa Seorang Motivator

Tuhan, jagalah hatiku
Agar aku tidak riak dengan kuliahku
Biasanya memberi kuliah ini riak payah dielak
Sesetengah orang itulah yang dicari
Jadikanlah bidangku ini ibadah kepadaMu
Jauhkanlah hatiku ini dari mencari nama dan glamour

Apalah ertinya nama dan glamour jika Engkau murka
Apatah lagi di Akhirat sana, menyesal tidak berguna
Ikhlaskanlah hatiku Ya Allah, agar kerjaku ini jadi ibadah

Ya Allah, jadikanlah aku memberi kuliah ini
Sebagai salah satu bidang dakwah
Mengajak manusia membesarkan dan mencintaiMu
Aku berlindung denganMu
Agar tidak mengajak manusia memuja diriku
Aku tidak mahu semuanya itu Ya Tuhanku
RedhaMu itulah yang aku mahu

Tuhan, jadikanlah nasihat yang aku beri
Melalui kuliah ini untuk aku dahulu
Kemudian mereka yang mengikuti kuliahku
Aku berlindung denganMu
Daripada mendapat komersial dan nama

Tuhan, jagalah hatiku selalu
Biarlah aku memberi kuliah ini keranaMu
KeredhaanMu amat penting bagiku
Apalah ertinya pujian manusia terhadapku
Di Akhirat, aku dihukum dengan neraka
Ampunkanlah aku

(Adaptasi dari sajak Mursyid bertajuk : “Doa untuk Penyanyi”)

Wednesday, July 8, 2009

Kursus Penghayatan Solat

Anda Sembahyang? Tetapi bagaimana sembahyang anda?
Tanya pada diri anda apa kesan sembahyang pada diri anda?
Sudahkah sembahyang anda benar-benar berperanan dalam kehidupan anda?
Sudahkah sembahyang anda menjadikan anda orang yang takut dan cintakan Tuhan?
Sudahkan sembahyang anda menjadikan anda orang yang sangat memberi manfaat kepada orang lain?

Mari bersama-sama kita membaiki sembahyang kita. Kita hayati peranan dan falsafah sembahyang. Kita pelajari kaedah mendapatkan khusyuk dalam sembahyang. Dengan mengikuti Kursus Sembahyang Membina Peribadi Agung ini. Kursus sehari untuk faedah yang berpanjangan. Kursus sehari yang sangat bernilai untuk kepentingan dunia dan Akhirat, insyaAllah.

Kursus ini bakal diadakan pada Ahad, 12 Julai 2009 di Dewan, Pusat Motivasi Harmoni, Bandar Country Homes, Rawang. Jangan lepaskan peluang, hubungi: 012-3747591 / 0178142313

Saturday, June 6, 2009

KURSUS MOTIVASI SOLAT

SEMBAHYANG MELAHIRKAN PERIBADI AGUNG

Pusat Motivasi Harmoni sekali lagi menganjurkan kursus motivasi solat.

ANDA Sembahyang? Bagaimana prestasi sembahyang anda? Khusyuk? APA dan bagaimana khusyuk itu? APA kesan sembahyang pada diri anda? APA peranan dan fungsi sembahyang anda? Pernah anda kaji dan siasat tentang sembahyang anda? Sebenarnya, adakah anda benar-benar telah sembahyang?

JAWAPANNYA:
Ada Dalam Kursus Motivasi Penghayatan Solat

Tarikh : 14 Jun 2009
Masa : 8.30 pagi - 6.00 petang
Tempat : Pusat Motivasi Harmoni, Bandar Country Homes, Rawang, Selangor.
Yuran : RM25.00 sahaja.

APA FAEDAH UNTUK ANDA?

* Anda akan diberi panduan serta bimbingan bagaimana untuk “MENINGKATKAN KUALITI SEMBAHYANG” sehingga boleh berperanan membentuk “PERIBADI AGUNG”
* Apa “RAHSIA PENDIDIKAN” yang ada dalam sembahyang sehingga boleh melahirkan “Peribadi Agung” melalui sembahyang?
* Apa itu Peribadi Agung? Apa peranannya dalam kehidupan? Apa faedahnya untuk diri kita?

KANDUNGAN KURSUS :

* Falsafah dan peranan sembahyang.
* Tujuh sifat Peribadi Agung.
* 9 kategori sembahyang Umat Islam akhir zaman. 6 kategori tergolong dalam sembahyang yang tidak diterima dan hanya 3 kategori sembahyang yang akan dinilai
* Memahami 24 ciri-ciri keagungan sembahyang.
* Gangguan-gangguan yang berlaku sebelum, ketika dan selepas sembahyang yang menjadikan sembahyang kita tidak diterima.
* Persediaan lahiriah yang perlu dilakukan apabila hendak menunaikan sembahyang untuk dapat mencapai kategori sembahyang yang diterima.

Maklumat lanjut :

PUSAT MOTIVASI HARMONI
No 51-1, Jalan Desa 9/6, Bandar Country Homes, 48000 Rawang, Selangor.
03-67331606 / 012-3747591 / 013-2260337.

Sunday, December 14, 2008

Kem Motivasi Penghayatan Solat

Kem Motivasi ini diadakan dengan tujuan untuk mendidik peserta agar benar-benar dapat menjalani ibadah sembahyang secara tepat lahir dan batin. Mereka bukan sahaja diajar tentang syariat lahir dalam sembahyang yang merangkumi soal sah, batal dan rukun sembahyang tetapi dalam masa yang sama diberi penekanan dalam soal-soal roh sembahyang agar sembahyang itu dapat dihayati dan dijiwai. Hanya dengan cara ini sahaja, barulah sembahyang itu benar-benar dapat memberi kesan kepada jiwa peserta sehingga lahirlah daripada mereka peribadi-peribadi agung, yang sangat mencintai Tuhan, berkasih sayang dengan sesama manusia tidak kira tua atau muda, menjadikan mereka aset berguna kepada agama, bangsa dan manusia.

Hubungi: 03-67331606 / 012-3747591 / 017-3382246.

Tuesday, November 18, 2008

Kem Motivasi Anak-Anak Mengenal Tuhan

Kem Motivasi ini diadakan bertujuan untuk mendidik anak-anak kenal Tuhan sesuai dengan kehendak Islam bahawa awal-awal agama itu adalah mengenal Tuhan. Hanya dengan mengenal Tuhan, anak-anak dapat dibawa untuk menjadi hamba yang cinta dan takutkan Tuhan seterusnya menjadikan anak-anak itu taat dalam melakukan segala perintah Tuhan dan meninggalkan segala larangan Tuhan. Anak-anak yang cinta dan takut Tuhan akan menjadikan mereka orang yang berguna pada masyarakat, sangat mahu berkhidmat dengan orang lain, tolong-menolong, hormat-menghormati dan saling bertolak ansur.

Masalah sosial yang berlaku pada generasi muda hari ini berpunca daripada anak-anak yang seawal usia kecil mereka tidak dikenalkan kepada Tuhan. Hasilnya, mereka mudah sahaja tergelincir daripada kehidupan bertuhan sehinggakan mudah sahaja terpengaruh dengan berbagai anasir luar yang rosak lagi merosakkan. Walhal faktor Tuhan itulah yang akan menjadi benteng kepada jiwa mereka daripada segala macam anasir tersebut. Faktor Tuhan itu juga yang akan membina jati diri mereka seterusnya menjadi orang yang berguna pada agama, bangsa dan negara.

Tuesday, July 22, 2008

Tips Penganjuran Hari Keluarga

Menganjurkan program hari keluarga adalah sangat baik dan ianya boleh dijadikan acara tahunan atau dwi tahunan kepada syarikat, persatuan, kelab-kelab mahupun keluarga-keluarga yang besar. Berikut adalah serba sedikit tips dari Ikhwan Today dalam menganjurkan hari keluarga:

Pertamanya, program hari keluarga yang hendak dilakukan mestilah tidak lari daripada 5 syarat ibadah:

1. Niat membuat hari keluarga itu betul-betul kerana Tuhan.

2. Hari keluarga itu menepati syariat Tuhan. Ia tiada unsur “tasyabbuh” atau penyerupaan pada acara agama lain seperti yahudi atau nasrani.

3. Perlaksanaan hari keluarga itu menepati syariat Tuhan. Contoh, pemakaian peserta menutup aurat, tidak berlaku perjudian, pergaduhan dan pergaulan bebas lelaki perempuan yang bukan mahram.

4. Natijah pada hari keluarga itu mesti betul iaitu dengan hari keluarga ini boleh menjalinkan silaturrahim, jadi riadah mengistirehatkan fikiran dan mendapat pengalaman serta ilmu yang boleh mendekatkan diri kepada Tuhan.

5. Tidak meninggalkan ibadah-ibadah asas seperti sembahyang.

Kedua, hari keluarga itu dianjurkan dibuat sejauh 2 marhalah (48 batu) daripada kawasan perumahan atau pejabat. Maka sepanjang ekspedisi atau pengembaraan ke destinasi acara hari keluarga, peserta-peserta boleh diisikan dengan kuliah-kuliah yang bermanfaat oleh motivator. Kuliah-kuliah yang berbentuk kejiwaan yang menceritakan tentang Tuhan adalah sangat-sangat dianjurkan.

Ketiga, sebelum perjalanan, peserta diingatkan tentang niat meraikan hari keluarga ini agar niat benar-benar kerana Tuhan. Diceritakan juga tentang adab-adab musafir. Diterangkan hikmah meraikan hari keluarga agar peserta faham mengapa mereka meraikannya.

Keempat, sepanjang pergi dan balik pengembaraan, peserta dibawa melihat tanda-tanda kebesaran Tuhan. Mencungkil hikmah di sebalik kejadiaan ciptaan Tuhan seperti langit dan awan, gunung-ganang, hutan dan sebagainya.

Kelima, sembahyang dijadikan agenda utama hari keluarga dan sangat diambil berat terutama dalam menjaga awal waktunya dan solat berjemaahnya.

Keenam, pengisian roh itu sangat penting maka diselitkan dalam acara hari keluarga slot untuk kuliah-kuliah ringkas yang dapat mengisi dan mendidik roh.

Ketujuh, acara atau permainan hari keluarga mestilah ada unsur-unsur pendidikan dan bebas daripada maksiat seperti perjudian dan percampuran bebas lelaki perempuan yang bukan mahram.

Kelapan, hari keluarga seharusnya tidak sunyi daripada hiburan tetapi pastikanlah ianya dari jenis hiburan yang tidak melalaikan dan dalam lirik dan lagunya mengandungi unsur-unsur kebaikan. Penggunaan alat-alat bertali dan bertiup patut dielakkan.

Kesembilan, tenaga-tenaga fasilitator yang memimpin pengembaraan rombongan dan yang menjalankan aktiviti-aktiviti hari keluarga mestilah di kalangan orang-orang yang berwibawa, terdidik dan faham syariat.

Sekian.

(Sumber: Ikhwan Today)

Tuesday, June 24, 2008

Lemah Jiwa vs Kuat Jiwa

Di antara ciri-ciri orang yang lemah jiwa banyak macamnya
Memuji diri termasuk orang lemah jiwa kerana hendak menghibur hatinya
Termasuk juga ingin dipuji tanda lemah jiwa
Kalau tidak dipuji terseksa jiwanya
Termasuk yang lemah, jiwa rasa bangga, hati selalu berbunga apabila berjaya

Hairankan diri termasuk juga lemah jiwa
Ego atau sombong lebih-lebih lagilah lemah jiwa
Dia ambil sifat yang bukan sifatnya
Itu adalah sifat Tuhan yang Maha Agung lagi Maha Berkuasa

Rupanya lemah jiwa orang yang berjaya dengan orang yang tidak berjaya tidak sama
Orang yang tidak berjaya rasa kecewa, kemuncaknya putus asa begitulah lemah jiwanya
Yang berjaya seperti yang telah dicerita
Orang yang tidak lemah jiwa biasa sahaja, tenang hidupnya
Samada hidupnya berjaya mahupun hidupnya tidak berjaya

Orang yang kuat jiwanya macam mana pula agaknya?
Bagaimana pun keadaan hidupnya tenang sahaja
Di dalam keadaan apa pun sama sahaja
Mengapa seseorang itu kuat jiwanya
Apakah rahsianya kuat jiwanya?
Kerana dia kuat dengan Tuhannya
Dia tahu rahsia Tuhan mengapa dia diperlakukan oleh Tuhannya
Kerana Tuhannya dia tenang sahaja
Itulah dia orang yang kuat jiwanya
Kerana pautan dengan Tuhanlah menjadikan kuat jiwanya.

Oleh: Abuya Syeikh Imam Ashaari Muhammad At-Tamimi