Thursday, January 15, 2015

Mencintai Orang Soleh

Imam Syafie:
احب الصالحين ولست منهم *** لعلي أن انال بهم شفاعة
"Aku cintakan orang-orang soleh walau aku bukan sebahagian daripada mereka, Moga-moga dengannya aku mendapat syafaat"
Pengajaran:
1. Imam Syafie mengajar kita tentang tawadhuk. Biarpun terkenal dengan kehebatan ilmunya dan kewarakannya, dia tetap merasa rendah diri dan tidak menganggap dirinya sebagai soleh. Dia tidak bermegah atau mahu disanjung dengan ilmunya atau status dirinya. Di sinilah letaknya pandangan Allah kepada kita, iaitu dengan tidak merasa diri baik, bahkan merasa diri banyak dosa walau telah membuat berbagai-bagai kebaikan.
2. Imam Syafie mengajar kita untuk sentiasa membuat perhubungan dengan orang-orang soleh. Dengan mencintai orang soleh samada yang hidup mahupun yang meninggal dunia, di situ kita akan mendapat berkat syafaat orang soleh. Jika pun kita belum soleh, tapi moga-moga berkat orang soleh, kita akan menjadi soleh. Tak pun anak cucu kita akan menjadi orang soleh. Jikapun kita tidak soleh, berkat orang soleh ini, moga-moga Allah beri rahmat kepada kita dan ampunkan dosa-dosa kita.

No comments: